Unjuran pendapatan Samaiden bagi FY24-25 dinaikkan 22% sehingga 20% selepas peroleh kontrak baharu bernilai RM181.4 juta – RHB Investment

Business & Finance
12 Jul 2023 • 11:09 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Unjuran pendapatan Samaiden bagi FY24-25 dinaikkan 22% sehingga 20% selepas peroleh kontrak baharu bernilai RM181.4 juta – RHB Investment

diyana

12/07/2023 - 11:09

KUALA LUMPUR 12 Julai - RHB Investment meningkatkan unjuran pendapatan Samaiden Group Berhad bagi tahun kewangan 2024 sehingga 2025 (FY24-25) sebanyak 22% sehingga 20% selepas ia memperoleh kontrak baharu bernilai RM181.4 juta.

Firma penyelidikan itu berkata ia tidak menjangkakan kemenangan kontrak kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) solar berskala besar empat (LSS4) di Sungai Petani itu, yang merupakan kontrak keempat dan terbesar diperoleh kumpulan itu semalam.

“Kontrak itu bernilai RM181.4 juta, menjadikan jumlah kemenangan kontrak LSS4 EPCC kumpulan kepada sekitar RM344.4 juta atau 90MWac.

"Ini melebihi jangkaan kami, kerana kami tidak mengira lebih banyak kemenangan kontrak LSS4 EPCC dalam ramalan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dengan kontrak baharu ini, firma itu berkata buku pesanan Samaiden kini berjumlah RM388 juta, meningkat 58% daripada RM245.6 juta sebelumnya yang dilaporkan pada suku ketiga berakhir 30 Jun 2023 dan margin untung kasar (GPM) adalah sama dengan kontrak LSS4 sebelumnya pada 10 hingga 15%.

“Kumpulan itu telah menerima notis terhad untuk meneruskan pembersihan tapak serta menjangkakan pemasangan dan pembinaan akan bermula pada penghujung 1QFY24 (September) atau awal 2QFY24 (November),” katanya sambil menambah pembinaan mengambil masa kira-kira 12 bulan.

Firma itu berkata ia terus menyukai saham Samaiden sebagai penerima manfaat permintaan kukuh Malaysia untuk tenaga solar.

Memandangkan rekod prestasinya yang terbukti, RHB Investment berkata kumpulan itu mungkin akan terus melihat kemenangan kontrak yang kukuh apabila lebih banyak inisiatif tenaga boleh diperbaharui diperkenalkan.

Oleh itu, RHB Investment meningkatkan unjuran pendapatan FY24-25 sebanyak 22 sehingga 20% selepas meningkatkan andaian buku pesanan sebanyak kira-kira RM300 juta bagi tempoh ini, kebanyakannya didorong oleh Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) yang akan datang.

Firma tersebut mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) dinaikkan kepada RM1.29 sesaham sesaham daripada RM1.05.

Pada waktu penulisan, saham Samaiden didagangkan pada RM1.15, naik 1 sen atau 0.9% dengan modal pasarannya bernilai RM446.4 juta. - DagangNews.com