UNL: England kembali tebus kecewa

Football
1 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: England kembali tebus kecewa

PRAGUE – Pengurus England, Thomas Tuchel memuji kerja keras dipamerkan barisan pemainnya ketika menewaskan Republik Czech 2-0 pada aksi Kumpulan A3 Liga Negara-Negara Eropah (UNL) di Fortuna Arena awal pagi semalam.

Dua gol menerusi Anthony Gordon dan Harry Kane memastikan skuad The Three Lions membawa pulang tiga mata penting selain menebus kekecewaan tewas 2-3 kepada Sepanyol pada aksi Ahad lalu.

Tuchel berkata, beliau gembira dengan kemenangan yang diraih meskipun England terpaksa mengharapkan pasukan lawan beraksi dengan 10 pemain selepas Pavel Sulc dilayangkan kad merah seawal minit ke-25.

“Kadang-kadang saya gembira dengan kemenangan yang diraih secara sukar. Apa yang penting adalah kami berjaya membawa pulang tiga mata penuh biarpun tidak menunjukkan aksi memukau ataupun menarik.

“Kami turun sebagai pasukan pilihan, sebab itu tidak banyak pujian diberikan kepada England apabila menang dengan cara begini. Bagaimanapun, kami tidak panik dan kekal dengan perancangan yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memuji prestasi ditunjukkan bintang Real Madrid, Trent Alexander-Arnold yang kembali berada dalam kesebelasan utama selepas dua tahun apabila mendapat markah cukup tinggi.

“Saya tidak pernah ragu dengan kemampuannya untuk menampilkan aksi seperti ini selain melakukan umpanan. Bagi saya, dia sangat bagus ketika bertahan dan turut membantu pasukan semasa menyerang,” ujar Tuchel. – AGENSI

The post UNL: England kembali tebus kecewa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved