UNL: Modric terus cipta sejarah bola sepak

FootballSports
28 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Modric terus cipta sejarah bola sepak

PRAGUE – Kapten Croatia, Luka Modric terus mencipta sensasi pada usia 41 tahun apabila menjadi penjaring tertua dalam sejarah pasukan itu ketika meledak satu gol ketika mereka menumbangkan Republik Czech 2-1 awal pagi semalam.

Kedua-dua pasukan turun pada aksi pertama saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) yang berlangsung di Fortuna Arena, namun Modric cukup dominan untuk membantu Croatia mencipta kemenangan.

Bagaimanapun, kehadirannya dalam kesebelasan utama Croatian kendalian Slaven Bilic itu hanya diputuskan beberapa jam sebelum perlawanan apabila Modric mengalami demam, tetapi sempat pulih.

Selepas aksi separuh masa kedua bermula, kapten Croatia itu menerima bola di luar kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kaki kanan menembusi gawang untuk meletakkan pasukan itu di depan.

Czech bertindak balas hanya tujuh minit kemudian apabila Adam Karabec menjaringkan gol penyamaan 1-1, namun Croatia meraih gol kemenangan menerusi Ivan Perisic pada hujung permainan.

Gol modric yang hadir pada minit ke-47 dan menjadikan Modric pemain tertua yang pernah menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan Croatia.

Ini bukan kali pertama usia membawa kepada terciptanya rekod buat pemain tengah tersebut. Pada Euro 2024, ketika berusia 38 tahun 289 hari, golnya menentang Itali menjadikannya penjaring gol tertua dalam sejarah kejohanan tersebut. – AGENSI

The post UNL: Modric terus cipta sejarah bola sepak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved