
PRAGUE – Kekalahan kepada Sepanyol pada aksi pertama memberi pengajaran paling berguna buat England sebelum menghadapi Republik Czech pada perlawanan kedua Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi esok.
Pengurus The Three Lions, Thomas Tuchel menegaskan anak buahnya harus segera keluar daripada episod duka sekali gus boleh menyiapkan diri dengan lebih baik bagi mendapatkan tiga mata.
Tuchel turut tampil menjelaskan pemainnya juga harus mempelajari sesuatu daripada aksi menentang La Roja dan patut mengambil perkara positif daripada perlawanan berkenaan.
“Jika kami belajar sesuatu daripada perlawanan itu, pastinya kami akan mengambil perkara positif. Itulah yang saya fikirkan dan kami akan cuba menilai kerana kami sudah tidak ada banyak masa untuk mengubah keadaan.
“Saya rasa kami akan terus fokus kepada perkara positif dan serlahkan apa yang kami boleh lakukan. Kami tidak akan hanya bercakap tentang kesilapan individu kerana ia adalah perkara normal dan boleh berlaku.
“Tidak ada gunanya untuk kami menzahirkan kesilapan individu. Realitinya, jika kami kalah (menentang Sepanyol), kini kami perlu buktikan kemampuan pada perlawanan kedua,” katanya.
Bagaimanapun, Tuchel menjelaskan pemainnya sudah membuktikan mereka ada kualiti untuk tewaskan pasukan terbaik dan kini harus melangkah lebih ke depan bagi berdepan satu lagi ujian mencabar. – AGENSI
The post UNL: England terdesak buru kemenangan appeared first on Kosmo Online.





