UNL: Impian Kane mampu direalisasikan

FootballSports
2 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Impian Kane mampu direalisasikan

LONDON – Pengendali England, Thomas Tuchel percaya impian Harry Kane untuk mencapai angka 100 gol bersama The Three Lions dalam ‘genggaman’ selepas meledak 87 jaringan di pentas antarabangsa setakat ini.

Menurut Tuchel, tiada sebab untuk meragui kemampuan penyerang berusia 33 tahun itu merealisasikan sasaran tersebut kerana Kane hanya memerlukan 13 gol lagi untuk mencapai angka keramat 100 gol.

“Dia semakin hampir untuk mencapai angka tersebut. Tinggal 13 gol, (mungkin) 13 perlawanan lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuchel percaya ketajaman Kane di depan gawang berada pada tahap tertinggi sehingga England tidak mungkin mencari pemain yang mempunyai ciri sama untuk menggantikannya selepas ini.

“Dia pemain yang luar biasa tidak kira selaku penggempur pasukan. Anda tidak akan menemui Kane yang kedua.

“Mungkin akan ada orang lain (penyerang baharu buat England) dalam tempoh 10 tahun lagi, tetapi kualiti tidak sama seperti Kane,” katanya.

Sementara itu, Tuchel percaya keputusan Kane untuk menyertai Bayern Munich telah menaikkan lagi ‘saham’ penyerang berusia 33 tahun itu.

“Tidak mudah untuk datang ke Bayern Munich apabila anda sentiasa berdepan perhatian besar. Tetapi dia berjaya menambat hati semua orang dengan kualiti, etika kerja dan sikap peribadi yang positif,” katanya. – AGENSI

The post UNL: Impian Kane mampu direalisasikan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved