Untung bersih Genetec bagi 1QFY24 susut 1.6% kepada RM17.38 juta

Business & Finance
30 Aug 2023 • 5:18 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih Genetec bagi 1QFY24 susut 1.6% kepada RM17.38 juta

diyana

30/08/2023 - 17:18

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Keuntungan bersih Genetec Technology Berhad bagi suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24) susut 1.6% kepada RM17.38 juta daripada RM18.5 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, pendapatan kumpulan pada suku berakhir 30 Jun 2023 itu meningkat 3.4% kepada RM75.7 juta berbanding RM73.2 juta tahun lalu, didorong oleh peningkatan tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) dan segmen penyimpanan tenaga.

Pendapatan sesaham kumpulan pada suku dalam tinjauan pula susut kepada 2.32 sen daripada 2.71 sen.

Pengasas bersama dan Pengarah Urusan Genetec, Chin Kem Weng menekankan bahawa kumpulan itu terus mengambil maklum pelanggan sedia ada dengan rapat untuk memastikan kumpulan itu dapat merealisasikan tempahan dalam perancangan tepat pada masanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata Genetec juga telah melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan rumusan baharu dalam EV dan produk lanjutan dalam ruang tenaga boleh diperbaharui dan dalam memasarkan rumusannya.

Chin Kem Weng

“Selepas melancarkan generasi pertama sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), atau MYBESS 1.0, kami telah menyelesaikan R&D untuk MYBESS 2.0 pada Julai 2023. MYBESS 3.0 kini sedang dalam R&D bersama usaha untuk merealisasikan beberapa pelaburan kami dalam MYBESS pada separuh kedua tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (FY24),” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Genetec juga menekankan usaha membina rancangan tenaga boleh diperbaharui (RE) mereka, memanfaatkan kedudukan utama mereka dalam segmen dan kesediaan untuk skala pengeluaran serta peralihan global yang dipercepatkan ke arah sumber dan rumusan RE.

“Secara global, kerajaan sedang meningkatkan usaha mereka untuk mengalihkan negara dan perniagaan ke arah rumusan dan sumber TBB.

Perubahan iklim, peningkatan kos tenaga dan infrastruktur adalah pemacu utama kepada desakan keperluan untuk menyepadukan RE dengan cepat untuk menyokong keperluan rakyat.

“Kami sudah memulakannya dan bekerja keras untuk terus mengembangkan kepimpinan pasaran kami. Ia telah dan akan terus menjadi tahun yang sangat sibuk dan menarik dengan perkembangan dan pencapaian baharu pada masa akan datang,” katanya.

Pada waktu penulisan, saham Genetec susut 1 sen atau 0.4% kepada RM2.38 dengan permodalan pasaran kumpulan berjumlah RM1.8 bilion. - DagangNews.com