Untung bersih MCE melonjak lebih dua kali ganda kepada RM6 juta pada 3QFY25

LocalBusiness & Finance
26 Jun 2025 • 5:52 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih MCE melonjak lebih dua kali ganda kepada RM6 juta pada 3QFY25

image is not available

26/06/2025 - 17:52

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 26 Jun – MCE Holdings Berhad (MCE) mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda dalam keuntungan bersih kepada RM6 juta bagi suku ketiga berakhir 30 April 2025 (3QFY25), berbanding RM2.4 juta dalam tempoh sama tahun lalu, disokong kecekapan operasi lebih baik dan pendapatan faedah yang lebih tinggi.

Pendapatan kumpulan kekal stabil pada RM36.8 juta berbanding RM37.4 juta bagi suku sama tahun sebelumnya.

MCE juga merekodkan pendapatan sebanyak RM112.51 juta pada 9MFY25 berbanding RM118.72 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya, manakala meningkat kepada RM20.38 juta daripada RM11.8 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan MCE, Dr Goh Kar Chun berkata, kumpulan terus mencatat prestasi kukuh meskipun berdepan persekitaran operasi yang mencabar.

MCE Auto Hub di Serendah dijangka siap dan beroperasi menjelang separuh kedua 2025.

Kemudahan itu turut menyokong langkah MCE mempelbagaikan perniagaan ke dalam pengilangan kontrak bukan automotif menerusi usaha sama dengan Sounding Industries Ltd dari Hong Kong yang memfokus kepada produk pengguna dan kosmetik.

MCE sertai segmen Advanced Driver Assistance System (ADAS) menerusi usaha sama dengan Nanjing Chuhang Technology Co Ltd bagi memperluas portfolio teknologi dan kedudukan sebagai penyedia rumusan automotif masa depan.

Kumpulan turut dijangka meraih manfaat daripada pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua hujung 2025 selepas dilantik sebagai pembekal pelbagai komponen utama termasuk unit paparan multimedia, kluster panel instrumen, modul ADAS, suis, dan pencahayaan dalaman.

MCE kekal fokus untuk memacu pertumbuhan mampan jangka panjang melalui pengukuhan keupayaan teknologi dan merebut peluang baharu di pasaran domestik serta eksport.- DagangNews.com

standard