Untung bersih Velesto susut pada suku kedua

LocalBusiness & Finance
21 Aug 2026 • 4:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Untung bersih Velesto susut pada suku kedua

PETALING JAYA: Velesto Energy Berhad (Velesto) meraih untung bersih lebih rendah berjumlah RM531,000 bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, berbanding RM50.44 juta bagi suku sama tahun sebelumnya, susulan kadar penggunaan dan kadar sewaan harian yang lebih rendah.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Velesto melaporkan hasil sebanyak RM154 juta bagi suku yang sama daripada RM199 juta untuk tempoh sama 2025.

Bagi enam bulan pertama, syarikat mencatatkan untung bersih sebanyak RM28.38 juta, berbanding RM103 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya, manakala pendapatan sebanyak RM337 juta daripada RM424 juta.

Syarikat berkata, kadar penggunaan berada pada 66 peratus dengan kadar sewaan harian purata sebanyak AS$103,000 (RM) sehari.

Velesto turut mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 0.25 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen yang diisytiharkan bagi tahun ini setakat ini kepada 1.0 sen sesaham.

Presiden Velesto, Megat Zariman Abdul Rahim berkata, prestasi pada suku kedua lebih rendah, terutamanya disebabkan kadar penggunaan dan kadar sewaan harian yang lebih rendah.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan prestasi akan bertambah baik pada suku-suku akan datang, disokong aktiviti yang telah dikontrak.

“Lima daripada enam pelantar penggerudian kami telah dikontrak sehingga akhir 2026, dengan baki buku pesanan yang kukuh sebanyak RM1.3 bilion serta prospek bernilai RM3.7 bilion setakat Julai 2026.

“Kami mengekalkan prestasi operasi yang kukuh dengan mencapai masa operasi 99.9 peratus, selain meneruskan strategi pertumbuhan berasaskan aset ringan menerusi kejayaan memperoleh kontrak Hibiscus melalui pelantar pihak ketiga serta kontrak Chevron i-RDC 2.0 bagi NAGA 8.

“Kami juga terus giat meneroka peluang bagi NAGA 3. Dengan tumpuan berterusan terhadap keselamatan tenaga, kami melihat permintaan terhadap perkhidmatan penggerudian jenis jack-up terus kekal di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara,” katanya dalam kenyataan.  – UTUSAN

The post Untung bersih Velesto susut pada suku kedua appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved