Untung bersih Sunway Healthcare melonjak kepada RM78.16 juta pada suku kedua

Business & Finance
20 Aug 2026 • 4:49 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Untung bersih Sunway Healthcare melonjak kepada RM78.16 juta pada suku kedua

PETALING JAYA: Sunway Healthcare Holdings Berhad (SHH) mencatatkan pertumbuhan untung bersih sebanyak RM78.16 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, berbanding RM41.38 juta bagi suku sama tahun sebelumnya.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, SHH berkata, hasil kumpulan melonjak kepada RM672.89 juta bagi suku sama daripada RM518.57 juta pada 2025, didorong oleh pengaktifan kapasiti yang progresif, jumlah pesakit yang lebih tinggi dan peningkatan manfaat operasi merentasi rangkaian hospitalnya

“Bagi enam bulan pertama, kumpulan merekodkan untung bersih sebanyak RM111,48 juta berbanding RM80.14 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya, manakala pendapatan sebanyak RM1.26 bilion daripada RM992.63 juta.

“Jumlah katil berlesen berkembang sebanyak 13 peratus tahun ke tahun kepada 1,855 katil, menjadikan jumlah kapasiti katil sebanyak 2,072 katil sehingga 30 Jun 2026, memberikan ruang tambahan untuk pertumbuhan jangka pendek,” menurut laporan.

Menurutnya, kadar penghunian katil meningkat kepada 73 peratus pada suku kedua, apabila kemasukan pesakit dalam meningkat sebanyak 19 peratus tahun ke tahun kepada 32,599, disokong oleh 208 katil berlesen tambahan tahun ke tahun dan peningkatan penggunaan di SMC Damansara dan SMC Ipoh.

Hasil bagi setiap kemasukan pesakit dalam meningkat lapan peratus tahun ke tahun kepada RM12,515.

Hospital utama kumpulan, SMC Sunway City kekal sebagai penyumbang utama hasil dan pendapatan, manakala hospital matangnya, SMC Velocity dan SMC Penang terus mendapat manfaat daripada aktiviti pesakit yang lebih kukuh dan intensiti pendapatan.

Keputusan kewangan suku kedua telah mengukuhkan prestasi kumpulan pada separuh pertama tahun kewangan 2026, disokong oleh pertumbuhan meluas merentasi rangkaian hospital, peningkatan manfaat operasi dan peningkatan sumbangan daripada hospital yang lebih baharu.

SHH berkata, dengan permintaan pesakit yang kekal sihat, kapasiti yang diperluas diserap secara beransur-ansur, ditambah pula dengan SMC Damansara dan SMC Ipoh yang semakin meningkat, kumpulan memasuki separuh kedua tahun 2026 dengan momentum pendapatan yang lebih kukuh dan sumbangan yang lebih seimbang merentasi portfolionya.

“Disokong oleh demografi penjagaan kesihatan jangka panjang yang menggalakkan, kedudukan kukuh Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan serantau dan kapasiti serta keupayaan klinikal kumpulan yang semakin berkembang, kumpulan kekal positif tentang prospeknya untuk 2026.

“SHH akan terus memberi tumpuan kepada penukaran pertumbuhan jumlah pesakit dan pengaktifan kapasiti kepada pendapatan yang mampan sambil memelihara aksesibiliti, kecemerlangan klinikal, daya tahan operasi dan disiplin kewangan,” katanya. – UTUSAN

The post Untung bersih Sunway Healthcare melonjak kepada RM78.16 juta pada suku kedua appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved