Upko keluar daripada Pakatan Harapan

LocalPolitics
11 Nov 2025 • 3:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) pada Isnin membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa serta-merta, kata Setiausaha Agungnya Datuk Nelson W Angang (gambar).

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Upko pada Isnin dan keputusan berkenaan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti komponen PH yang lain.

“Setelah mempertimbangkan penyertaan dalam PH selama empat tahun dan seruan rakyat Sabah agar penyatuan parti-parti tempatan Sabah dimulakan melalui pilihan raya ini, maka Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Upko memutuskan untuk mengundur diri daripada PH serta-merta,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

PRN Sabah 2020 menyaksikan Upko bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun hanya memenangi satu kerusi iaitu DUN Kadamaian menerusi Presiden parti itu Datuk Ewon Benedick.

Kedua-dua Ahli Parlimen Upko, Ewon (Penampang) dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Tuaran), akan terus menyokong titah Yang di-Pertuan Agong untuk mengekalkan kestabilan politik di peringkat persekutuan sehingga akhir penggal parlimen sekarang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved