UPKO mahu pertahan kerusi Penampang, Tuaran pada PRU akan datang – Ewon

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 8:23 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: UPKO mahu pertahan kerusi Penampang, Tuaran pada PRU akan datang – Ewon

PENAMPANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mahu mempertahankan kerusi Parlimen Penampang dan Tuaran yang kini diwakili parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada rakan dan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), selain membuka ruang perbincangan bagi mendapatkan kerusi tambahan.

“Buat masa ini, kami akan memaklumkan kepada rakan-rakan dan rakan kerjasama kami dalam GRS bahawa kami mahu bertanding di Penampang dan Tuaran, iaitu kerusi Parlimen yang kini kami wakili.

“Sudah tentu, kami akan berbincang mengenai kerusi tambahan. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Ulang Tahun Ke-32 UPKO dan Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO Ke-17 di Dewan Hongkod Koisaan, Pusat Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, semalam.

Mengulas kemungkinan berlaku pertukaran kerusi antara parti, Ewon berkata, perkara itu sentiasa boleh berlaku berdasarkan pengalaman terdahulu membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian dan Bingkor.

“Ia sentiasa menjadi satu kemungkinan. Saya sendiri pernah mewakili Kadamaian. Sejarahnya, sebelum ini pernah berlaku pertukaran kerusi antara Kadamaian dan Bingkor. Jadi, pertukaran kerusi boleh berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terlalu awal untuk memutuskan kemungkinan pertukaran kerusi membabitkan Parlimen Penampang dan Kota Belud.

“Seperti yang saya katakan tadi, kita akan sampai ke situ apabila tiba masanya. Buat masa ini, berilah peluang kepada UPKO untuk menyelesaikan kongres kami terlebih dahulu.

“Kami juga menantikan penyertaan dalam mesyuarat pertama Majlis Tertinggi GRS,” katanya. – UTUSAN

The post UPKO mahu pertahan kerusi Penampang, Tuaran pada PRU akan datang – Ewon appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved