
UpScrolled merupakan salah satu platform sosial alternatif yang menerima perhatian ramai sejak awal tahun ini – terutamanya selepas TikTok di Amerika Syarikat beralih pegangan kepada milikan syarikat di negara barat tersebut. Pada bulan Februari 2025, UpScrolled mencatatkan seramai 2.5 juta pengguna berdaftar, dan kini ia dikongsikan telah mencapai lebih 5 juta pengguna berdaftar.

UpScrolled hadir tanpa algoritma, dan menawarkan susunan mengikut kronologi, lebih kurang sama seperti Daun. Tetapi, ia lebih memfokuskan kepada perkongsian berbentuk visual melaluinya. Ia telah dimulakan dalam usaha mengatasi pelbagai media sosial yang menghalang kandungan pro-Palestin.
Aplikasi yang pada awalnya dimulakan berseorangan, kini mempunyai pasukan sebesar 25 orang, yang berfungsi rentas dari segi penjenamaan, kejuruteraan, dan juga untuk pengawasan kandungan. UpScrolled juga kini beroperasi menggunakan dana pelaburan dan belum menjana duit lagi. Buat masa ini, mereka masih lagi belum fikirkan kaedah menjana pendapatan melaluinya.
Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan apakah perancangan seterusnya UpScrolled dalam bersaing secara sihat bersama pelbagai platform sosial lain di pasaran.




