UPSI-KPT perkukuh sinergi, teliti agenda strategik universiti

15 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: UPSI-KPT perkukuh sinergi, teliti agenda strategik universiti
Md Amin (duduk) bergambar kenangan bersama Aminuddin serta barisan pengurusan UPSI ketika mengadakan kunjungan hormat ke KPT di Putrajaya. Photo credit: UPSI

Tanjong Malim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh sinergi bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kunjungan hormat pengurusan tertingginya kepada Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Aminuddin Hassim, di kementerian itu Khamis lalu.

Kunjungan yang diketuai Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff itu antara lain menjadi platform untuk membincangkan agenda strategik universiti, khususnya berkaitan hala tuju dan pembangunan UPSI serta usaha memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang berteraskan pendidikan dan kecemerlangan akademik.

Md Amin berkata pertemuan berkenaan bukan sekadar menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara UPSI dan KPT, malah membuka ruang perbincangan bagi memperkukuh sinergi serta kerjasama dalam memastikan universiti terus memainkan peranan bermakna dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan insan.

“Pertemuan ini memberi ruang kepada UPSI untuk berkongsi pandangan serta mendapatkan amanat dan pandangan KPT berhubung hala tuju universiti, selain memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan UPSI terus relevan dan memberikan sumbangan kepada pembangunan pendidikan tinggi negara.

Beliau berkata UPSI komited untuk terus memperkukuh peranan sebagai universiti yang memberi tumpuan kepada bidang pendidikan, di samping memastikan agenda pembangunan universiti dilaksanakan secara terancang dan selari dengan aspirasi pendidikan tinggi negara.

Menurut beliau, aspek tadbir urus turut menjadi antara perkara penting yang perlu diberi perhatian bagi memastikan pengurusan universiti dilaksanakan secara cekap, berkesan dan responsif terhadap keperluan semasa.

“Pengukuhan tadbir urus dan kapasiti pengurusan universiti amat penting bagi memastikan UPSI mampu bergerak secara lebih strategik, khususnya dalam menghadapi perubahan dan cabaran landskap pendidikan tinggi yang semakin dinamik.

Md Amin berkata perbincangan bersama KPT turut menyentuh isu berkaitan perjawatan dan pengurusan sumber manusia di UPSI, termasuk keperluan serta cabaran semasa dalam memastikan kapasiti dan keupayaan universiti dapat diperkasa seiring dengan perkembangan semasa.

Katanya, aspek sumber manusia merupakan komponen penting dalam memastikan universiti mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk melaksanakan agenda pendidikan, akademik, penyelidikan dan pembangunan universiti secara berkesan.

“Kita menghargai perhatian dan sokongan KPT terhadap perkara berkaitan pengurusan universiti, khususnya dalam memastikan kapasiti serta keupayaan UPSI terus diperkukuh bagi menyokong agenda strategik universiti,” ujar beliau.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved