UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

24 Aug 2026 • 3:30 PM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026
Mustakim (tengah) bergambar bersama warga Tabung Haji pada Majlis Perasmian Temasya Sukan Tabung Haji 2026 di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Photo credit: UPSI

TANJONG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji (TH) 2026 yang menghimpunkan 892 peserta daripada warga Kumpulan TH dalam 13 acara sukan, Sabtu lalu.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata pihak universiti berbesar hati menerima kepercayaan TH untuk menganjurkan temasya berkenaan, selain menyediakan kemudahan dan fasiliti yang diperlukan bagi memastikan kelancaran program.

Beliau berkata penganjuran temasya itu turut mencerminkan hubungan kerjasama yang baik antara UPSI dan TH, khususnya dalam menyokong pelaksanaan program yang menggalakkan gaya hidup sihat, kecergasan fizikal serta pengukuhan hubungan dalam kalangan warga organisasi.

“UPSI amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada Temasya Sukan TH 2026 dan kami komited untuk memastikan kemudahan serta fasiliti yang disediakan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua peserta sepanjang temasya ini,” ujar beliau.

Temasya berkenaan dirasmikan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad di Panggung Percubaan UPSI, dengan turut dihadiri Md Amin serta Presiden Kelab Sukan TH merangkap Pengarah Program Temasya Sukan TH 2026, Mustafa Kamal Abdul Latif.

Sementara itu, Mustakim berkata penganjuran temasya sukan bukan sekadar medan untuk bersaing dan mengejar kemenangan, sebaliknya menjadi wadah membentuk warga kerja yang berdisiplin, berdaya tahan dan mempunyai semangat juang tinggi.

Beliau berkata aktiviti sukan turut memupuk semangat berpasukan serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga Kumpulan TH, selain selari dengan Nilai Budaya TH (FAITH) yang menjadi tunjang budaya kerja dan kecemerlangan organisasi.

“Walaupun temasya ini berlangsung di gelanggang sukan, nilai-nilai yang ditonjolkan oleh setiap peserta sebenarnya menggambarkan budaya kerja yang ingin kita terapkan dan amalkan dalam organisasi.

“Nilai-nilai seperti Agile, High Performing dan Inspirational dapat diterjemahkan melalui keupayaan kita untuk bekerjasama, menyesuaikan diri dengan cabaran dan bergerak pantas sebagai satu pasukan, di samping mempamerkan disiplin dan komitmen yang tinggi untuk mencapai prestasi terbaik serta penambahbaikan yang berterusan,” katanya.

Sementara itu, Mustafa Kamal berkata sebanyak 413 pingat menjadi rebutan peserta sepanjang temasya berkenaan yang melibatkan sembilan kontinjen, terdiri daripada lima wilayah, Ibu Pejabat dan tiga anak syarikat TH.

Beliau berkata pihak penganjur turut memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan atlet dengan menyediakan pasukan perubatan dan pertolongan cemas, ambulans serta sokongan fisioterapi.

“Kita mahu semua orang memberikan yang terbaik, tetapi dalam masa yang sama, keselamatan dan kesihatan hendaklah sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved