PATTANI (Thailand) — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Fatoni (FTU) terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa melalui penawaran program pendidikan dari peringkat diploma hingga Doktor Falsafah (PhD), khususnya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan latihan keguruan profesional.
Kerjasama itu diperkasakan dengan pencapaian cemerlang tiga pensyarah FTU dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang merupakan graduan UPSI, sekali gus membuktikan kualiti kurikulum, latihan profesional serta kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi bagi program berkenaan di kedua-dua universiti.
Permintaan terhadap program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UPSI dan FTU turut menunjukkan peningkatan sejajar keperluan tenaga pendidik terlatih di rantau Asia Tenggara, menjadikannya antara pilihan utama pelajar serta institusi pendidikan termasuk sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak.
Selain itu, kedua-dua universiti giat menawarkan Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (DPSP) sebagai usaha memastikan lebih ramai guru yang sedang berkhidmat di Thailand dan Malaysia memiliki kelayakan ikhtisas keguruan profesional, khususnya dalam kalangan graduan bukan bidang pendidikan.
Penawaran secara separuh masa membolehkan guru mengikuti latihan pedagogi formal tanpa menjejaskan kerjaya sedia ada, sekali gus meningkatkan profesionalisme, kualiti pengajaran dan pematuhan kepada standard latihan perguruan antarabangsa.
Dalam lawatan kerja delegasi UPSI ke FTU, delegasi disambut oleh pihak pengurusan tertinggi universiti itu, mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh serta komitmen bersama memajukan agenda pendidikan serantau.
Rektor FTU, Ahmad Omar Chapakia, menzahirkan penghargaan terhadap komitmen berterusan UPSI dalam pembangunan pendidikan berkualiti di peringkat serantau dan menyifatkan UPSI sebagai rakan strategik yang diyakini, khususnya dalam bidang pendidikan dan latihan keguruan.
Sementara itu, Pengarah Akademik dan Antarabangsa UPSI yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof madya Dr. Ridzwan Che Rus, berkata kerjasama strategik itu selari dengan aspirasi UPSI untuk menjadi hab pendidikan berimpak global melalui mobiliti akademik, pembangunan program bersama serta penyelidikan rentas negara.
Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Pembangunan Manusia UPSI, Norazilawati Abdullah, pula berkata program fakulti berkenaan adalah mantap, berfokus kepada keperluan semasa dan sedia dikolaborasikan bersama rakan antarabangsa bagi memperkukuh pembangunan modal insan pendidik yang berkualiti, profesional dan berdaya saing.
Kerjasama UPSI–FTU itu bukan sahaja memperkukuh reputasi kedua-dua universiti, malah menjadi platform strategik dalam memperluas akses latihan keguruan profesional serta menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan di Thailand, Malaysia dan Asia Tenggara.
Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
.jpg)




