Usaha sama majukan industri sarang burung walit di Sabah

17 Jul 2022 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sawit Kinabalu Farm Product Sdn Bhd (SKFPSB) mengorak langkah untuk menjadi sebuah organisasi perintis industri sarang burung walit di negeri ini, sejajar dengan hala tuju Sabah Maju Jaya.

Sehubungan itu, satu perjanjian usaha sama telah dimeterai antara SKFPSB dan East Borneo Berhad (EBB) pada Jumaat di Ibu Pejabat Kumpulan Sawit Kinabalu. “Melalui perjanjian ini, sebuah syarikat usaha sama akan diwujudkan untuk menjalankan perniagaan membekal, memproses dan meniaga sarang burung walit, termasuk sumber dari rumah burung dan sarang burung di gua.

“Selain itu, sebuah kilang pemprosesan sarang burung walit akan dibangunkan di Presint Agro-Industri Sabah (SAIP) bagi menyokong industri sarang burung walit dan meningkatkan sosio-ekonomi penternak burung walit di negeri ini,” menurut kenyataan dari Sawit Kinabalu.

Hadir pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama tersebut ialah Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie sementara EBB diwakili oleh Pengarahnya, Safuan Abdul Ghapur.

SKFPSB ialah sebuah anak syarikat milik penuh Sawit Kinabalu Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan

mengeluarkan dan menjual produk daging lembu segar dan lembu ternakan hidup, serta memiliki dan mengendalikan rumah burung walit di Sabah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.