“Ustaz luar negara kata haram?” – Trend ‘Edit’ Gambar Jadi Kartun, Ini Penjelasan UAI

Entertainment
9 Apr 2025 • 11:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti korang perasan di media sosial sekarang tengah trending ubah atau sunting gambar kepada versi kartun.

Ramai yang mengambil peluang mengubah gambar mereka kepada versi kartun mengikut pilihan masing-masing menerusi satu aplikasi ini.

Namun, timbul pula persoalan tentang hukum mengubah gambar sebegini dalam Islam. Untuk menjawab persoalan itu, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) ada menjelaskan tentang hukumnya.

image is not available

Hukum edit gambar jadi versi kartun

Menurut UAI, hukum menyunting gambar kepada bentuk kartun bergantung kepada niat dan hasil akhirnya.

“Apa hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun? Ada ustaz dari luar negara kata hukumnya haram, betul ke?”

Beliau menyatakan pendapat di atas ada benarnya namun selagi suntingan tidak mengurangkan darjat kebesaran Allah SWT dan tidak menjatuhkan maruah seseorang maka hukumnya adalah harus.

“Ada betulnya juga cuma pandangan saya andai kata perkara itu tidak mengurangkan darjah kebesaran-Nya, tidak menjatuhkan maruah orang bahkan menyukakan manusia kepada akhirat, hukumnya adalah harus.”

Bagaimanapun, jika gambar itu diubah sehingga menghina orang lain dan menjadikan mereka bahan gurauan atau ejekan, maka ia boleh jatuh kepada haram.

@ceramah.ustaz33

Apakah hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun.Ada ustaz dari luar negara mengatakan haram.. dengar pencerahan dari semoga bermanfaat #ustazazharidrus #uaioriginal #pandanganulama #halalharam #editgambar #teknologi #ai #semogabermanfaat #ceramah #trendzamansekarang #trendingviral #mediasosial #foryoupage #fypage #fyppp

♬ Islam – Lafina

“Tetapi jika menghina orang lain, menurunkan martabat orang yang sepatutnya kita muliakan hukumnya dilarang menurut syarak.

“Bahkan bukan sahaja watak ulama, gambar-gambar anak beranak kalau kita buat ke arah menghina, haram. Kalau kita buat jadi mulia, tak berani nak kata haram,” jelasnya.

Jadinya, cara suntingan itu memainkan peranan penting dalam menentukan hukumnya.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.