Ustaz Mad Kecik Akhiri Zaman Bujang, Selamat Diijabkabulkan Hari Ini

22 May 2026 • 6:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pendakwah muda, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26, dalam satu majlis di kediaman keluarga perempuan di Bukit Payung, hari ini.

Perkenalan diatur guru-guru

Memetik laporan daripada Harian Metro, abangnya, Mohd Faizul Abdullah, 41, UMK selamat diijabkabulkan sekitar jam 10 pagi dalam majlis yang diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga serta kenalan terdekat.

“Pasangan UMK adalah pelajar Madrasah Darul Ansor, Wakaf Tapai, Marang dan perkenalan antara UMK dan pasangan ini diatur guru-gurunya.
“Selain itu peranan keluarga juga pembuka langkah hingga termeterainya pernikahan antara UMK dan pasangan pada hari ini,” katanya.

Image from: Ustaz Mad Kecik Akhiri Zaman Bujang, Selamat Diijabkabulkan Hari Ini

Dalam pada itu, Mohd Faizul berkata, majlis di pihak lelaki pula akan berlangsung pada 28 Mei depan di Madrasah Darul Zahraa, Kampung Dura, Hulu Terengganu, iaitu madrasah yang dibangunkan oleh UMK sendiri.

Katanya, pihak keluarga turut merakamkan ucapan terima kasih atas doa dan sokongan orang ramai terhadap perjalanan dakwah UMK sebelum ini.

Image from: Ustaz Mad Kecik Akhiri Zaman Bujang, Selamat Diijabkabulkan Hari Ini

Tambahnya, majlis sambut menantu akan diadakan bagi meraikan pasangan pengantin baharu itu bersama keluarga dan kenalan terdekat.

Sumber: Harian Metro (Nazdy Harun)

The post Ustaz Mad Kecik Akhiri Zaman Bujang, Selamat Diijabkabulkan Hari Ini appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved