Ustaz Mad Kecik, Nor Suhada selamat diijab kabul

22 May 2026 • 7:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ustaz Mad Kecik, Nor Suhada selamat diijab kabul
Ustaz Muhammad Abdullah, 33, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26, pada Jumaat. Foto: Facebook Ustaz Muhammad Bin Abdullah - UMA
Image from: Ustaz Mad Kecik, Nor Suhada selamat diijab kabul
Ustaz Muhammad Abdullah, 33, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26, pada Jumaat. Foto: Facebook Ustaz Muhammad Bin Abdullah - UMA

MARANG – Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26, pada Jumaat.

​Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan di kediaman pengantin perempuan di Bukit Payung, di sini, kira-kira jam 10 pagi.

​Abangnya, Mohd Faizul Abdullah, 41, berkata, majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

​Menurutnya, perkenalan antara Muhammad dan pasangannya yang juga merupakan pelajar Madrasah Darul Ansor, Wakaf Tapai di sini diatur oleh guru-guru mereka.

​"Selain itu, peranan keluarga juga antara pembuka langkah hingga termeterainya pernikahan antara Ustaz Mad dan pasangan pada hari ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

​Mengulas lanjut, Mohd Faizul memaklumkan bahawa majlis menyambut menantu bagi sebelah pihak lelaki dijadualkan berlangsung pada 28 Mei depan.

**media[3529878]**

​Majlis berkenaan akan diadakan di Madrasah Darul Zahraa, Kampung Dura, Hulu Terengganu, iaitu madrasah yang dibangunkan sendiri oleh Ustaz Mad.

​Dalam pada itu, beliau turut mewakili seluruh ahli keluarga menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan perkahwinan pasangan tersebut.

​"Pihak keluarga berterima kasih atas doa kepada Ustaz Mad dan pasangan, serta sokongan yang diberikan sebelum ini dalam kerja dakwah yang dilakukan," katanya.

Nama Ustaz Mad Kecik sebelum ini mencuri perhatian dan tular di media sosial kerana pendekatan dakwahnya yang santai serta kelantangannya dalam menyuarakan isu-isu kemanusiaan termasuk perjuangan rakyat Palestin.

Beliau turut menyertai 22 sukarelawan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada tahun lalu di mana kapal yang dinaiki bersama beberapa aktivis lain telah dipintas dan ditahan oleh tentera Israel.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved