Ustaz Wadi Annuar kemalangan di Gerik

23 Oct 2026 • 8:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ustaz Wadi Annuar kemalangan di Gerik

GERIK – Pendakwah selebriti, Ustaz Wadi Annuar terbabit kemalangan bersama beberapa kakitangannya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini hari ini.

Difahamkan kemalangan tersebut berlaku berhampiran Tasik Banding di sini ketika mereka dalam perjalanan ke Gerik.

Insiden tersebut turut dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun Thread rasminya pagi ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Wadi Annuar bersama beberapa orang staf telah terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak.

“Doakan semoga Allah SWT melindungi mereka, diberikan kesembuhan serta dipermudah segala urusan. Amin,” kata hantaran itu. – KOSMO! ONLINE

The post Ustaz Wadi Annuar kemalangan di Gerik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved