Ustazah Asni Mansor kini isteri kepada Mounir Abdul Kareem – “Suami saya Palestine..”

17 Oct 2025 • 9:44 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah terkenal, Ustazah Asni Abu Mansor mengumumkan dirinya kini bergelar isteri kepada Mounir Abdul Kareem Kaddoura, seorang lelaki berketurunan Palestin dan warga Amerika Syarikat.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ustazah Asni menerusi hantaran di media sosial miliknya, sambil menzahirkan rasa syukur atas ketentuan jodoh yang telah ditetapkan Allah SWT.

Isteri kepada Mounir

image is not available

“Ada kententuan yang tertulis, ada takdir yang terlukis.

“Officially i’m zaujah Mr Mounir Abdul Kareem Kaddoura. Terima kasih atas doa yang baik-baik.

“Suami saya Palestine, warga United State,” ujarnya.

image is not available

Tahniah Ustazah Asni!

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikut dan rakan-rakan dalam industri dakwah yang turut menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

image is not available image is not available

Ustazah Asni dikenali dengan keperibadian lembut dan penyampaian dakwah yang penuh hikmah, selain aktif berkongsi nasihat rumah tangga serta motivasi wanita di media sosial.

Sumber: Instagram @Asni Mansor