Ustazah Simpan Lebihan Duit Gaji Dalam Emas Kena Pukul Suami

13 Aug 2026 • 6:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di sekolah, Puan Siti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru atau ustazah yang mengajar ilmu agama dan dihormati anak muridnya. Namun menurut perkongsian Peguam Syarie Mazidah Husain, kehidupannya di rumah didakwa jauh berbeza.

Selepas berkahwin sebagai isteri kedua pada 2018, wanita itu dikatakan melalui pelbagai bentuk penganiayaan selama lapan tahun.

Bukan sahaja tubuhnya menjadi mangsa, malah urusan kewangan dan telefon bimbitnya juga didakwa berada dalam kawalan suami.

Suami bertindak rotan isteri

Image from: Ustazah Simpan Lebihan Duit Gaji Dalam Emas Kena Pukul Suami
Kredit Foto: Janaan AI

Antara perkara yang mencetuskan penganiayaan adalah apabila Puan Siti memberikan wang kepada ibunya sendiri tanpa pengetahuan suami.

Telefon bimbitnya dikatakan pernah diperiksa sebelum dia dianiaya berkali-kali sehingga meninggalkan kesan pada tubuh. Situasi hampir sama berlaku apabila dia cuba menyimpan lebihan gajinya dalam akaun emas secara senyap.

Selepas perkara itu diketahui, suaminya didakwa bertindak merotannya. Setiap sen daripada gajinya turut dikawal, selain akaun dan telefon bimbitnya sentiasa diawasi.

Isteri turut dipaksa bayar sewa rumah sendiri

Image from: Ustazah Simpan Lebihan Duit Gaji Dalam Emas Kena Pukul Suami
Kredit Foto: Janaan AI

Dalam perkongsian sama, rumah yang didiami pasangan itu dikatakan dibeli menggunakan pinjaman kerajaan atas nama Puan Siti.

Bayaran rumah berkenaan pula didakwa ditanggung sepenuhnya olehnya. Bagaimanapun, nama suami turut diletakkan sebagai pemilik walaupun lelaki berkenaan dikatakan tidak mengeluarkan wang untuk pembelian rumah tersebut.

Keadaan itu menambahkan lagi tekanan yang ditanggung Puan Siti selepas kewangannya sendiri didakwa tidak bebas untuk diuruskan.

Ramadan turut jadi ujian

Image from: Ustazah Simpan Lebihan Duit Gaji Dalam Emas Kena Pukul Suami
Kredit Foto: Janaan AI

Penderitaan wanita itu dikatakan menjadi semakin berat ketika bulan Ramadan. Suaminya didakwa tidak berpuasa dan tidak bersolat, namun tetap memaksa Puan Siti menyediakan makanan sebelum makan di hadapan anak-anak.

Dia juga dikatakan pernah dipaksa membatalkan puasa bagi memenuhi ajakan untuk bersama. Menurut perkongsian Mazidah, setiap kali Puan Siti menolak, dia didakwa akan dikasari seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Selepas bertahun-tahun melalui keadaan tersebut, pengalaman yang dilaluinya akhirnya menjadi antara alasan Puan Siti memfailkan perceraian.

The post Ustazah Simpan Lebihan Duit Gaji Dalam Emas Kena Pukul Suami appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved