Vape boleh jadi masalah di luar negara?

23 May 2026 • 4:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Vape boleh jadi masalah di luar negara?
Gambar: Public Health M'sia

Semalam tular kisah pasangan yang didakwa berdepan masalah di imigresen luar negara selepas membawa cecair vape ketika bercuti.

Percutian yang sepatutnya tenang, tiba-tiba bertukar jadi debaran. Bukan lagi fikir tempat makan, hotel atau itinerary. Tapi fikir sama ada barang itu akan dirampas, didenda, atau perlu melalui proses siasatan.

Ramai masih anggap vape ini macam barang biasa. Masuk poket, masuk beg, bawa naik flight, habis cerita.

Tapi di sesetengah negara, rokok elektronik, pod dan cecair nikotin bukan sekadar “tak boleh hisap di tempat awam”. Ia boleh dianggap barang larangan di kastam.

Thailand, Singapore, Brunei, India, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Maldives, Qatar, Oman, Cambodia dan Laos antara negara yang sangat ketat terhadap vape dan produk berkaitan.

Ada negara boleh rampas. Ada boleh denda. Ada boleh bawa ke proses mahkamah, tahanan atau deportasi, bergantung kepada undang-undang negara tersebut.

Sebelum terbang, ambil tahu dulu. Semak undang-undang negara destinasi dan negara transit. Jangan rosakkan percutian hanya kerana satu botol kecil cecair vape dalam beg.

Bila ragu-ragu, pilihan paling selamat ialah jangan bawa langsung.

#PublicHealthMalaysia

#TravelAlert

#VapeAwareness

#KesihatanAwam


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.