Venom Batik Malaysia Dipuji Sony Pictures, Pelukis Komik Indonesia ‘Try Hard’ Tarik Perhatian Sony

LocalEntertainment
19 Oct 2024 • 6:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
venom

Baru-baru ini, seorang artis profesional tempatan, Arif Rafhan, telah mencipta sejarah apabila rekaan ‘Venom Batik’ miliknya mendapat pujian daripada Sony Pictures. Ilustrasi ini yang dikongsikan di media sosial telah menjadi bualan hangat dan dihujani dengan pujian, memartabatkan seni Batik Malaysia di mata dunia.

image is not available

Namun, nampaknya kejayaan ini mungkin menimbulkan rasa tercabar buat seorang pelukis komik dari Indonesia. Dia segera mempamerkan karya seni yang menampilkan watak Venom dalam versi wayang kulit, diberi nama “WISA: Tari Pungkasan”.

Ilustrasi tersebut menunjukkan sosok Venom yang menjelir lidah dan dihasilkan dengan teliti, menggabungkan elemen seni budaya Jawa dalam bentuk wayang kulit.

image is not available

Malangnya, reaksi netizen terhadap perkongsian tersebut tidak begitu positif. Ramai yang mengkritik karya itu kerana kelihatan try hard untuk menyaingi Venom Batik karya artis Malaysia yang mendapat perhatian Sony Pictures. Ada yang menyifatkan lukisan tersebut kurang menarik dan hanya sekadar usaha untuk mendapatkan pengiktirafan yang sama.

Akibatnya, mungkin kerana bimbang akan kecaman dan ketegangan antara dua negara, pelukis Indonesia tersebut telah mengehadkan ruangan komen di media sosialnya buat masa ini.

#OhmediaNasihat

Apa yang boleh kita pelajari dari kejadian ini? Kadangkala, kita tak perlu bersaing hanya kerana rasa tercabar. Setiap seni mempunyai keunikannya tersendiri dan patut dihargai atas usaha dan nilai budaya yang dibawa.

Apa yang penting, teruskan menghasilkan karya yang ikhlas dan memberi inspirasi kepada orang lain. Jangan jadikan kritikan sebagai halangan, sebaliknya jadikan ia sebagai motivasi untuk terus berkarya!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram