Venue SUKMA Selangor 2026 berada pada tahap terbaik

27 Jul 2026 • 9:10 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Helang putih

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan semua venue yang akan digunakan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 berada dalam keadaan terbaik serta bersedia untuk menerima kehadiran atlet dari seluruh negara.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor merangkap Pengerusi SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026, Najwan Halimi berkata, keyakinan itu dibuat selepas beliau mengadakan lawatan ke 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat sebagai lokasi pertandingan.

“Alhamdulillah, di setiap 10 PBT yang telah kita kunjungi memang dari segi persiapan infrastruktur yang kita akan guna pakai dalam SUKMA nanti dalam keadaan yang baik. 

“Bagi saya, cukup sempurnalah untuk kita bukan sahaja selepas ini kalau kita jadi tuan rumah SUKMA, tapi kalau ada kejohanan-kejohanan sukan yang lain pun kita boleh guna pakai kemudahan-kemudahan ini.

“Kemudahan yang dinaik taraf ini bukan hanya kita siapkan untuk penganjuran SUKMA semata-mata, tetapi selepas ini, masyarakat ataupun orang-orang awam di luar sana pun akan boleh guna pakai dan memanfaatkan kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah Larian Obor SUKMA XXII dan Para sukma Selangor 2026 di sini, semalam.

Mengulas sasaran kontinjen Selangor, beliau berkata, kerajaan negeri menetapkan sasaran yang realistik tanpa memberi tekanan berlebihan kepada atlet.

Katanya, Selangor menyasarkan kutipan 80 pingat emas pada temasya SUKMA, manakala 60 pingat emas bagi Para SUKMA, sekali gus diyakini mencukupi untuk muncul juara keseluruhan.

“Insya-Allah, kita cuba capai lebih daripada sasaran itu. Namun, Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor tidak mahu meletakkan tekanan terlalu tinggi kepada atlet.

“Kita melihat kepada unjuran yang realistik iaitu 80 pingat emas untuk SUKMA dan 60 pingat emas bagi Para SUKMA. Berbekalkan semangat serta kelebihan sebagai tuan rumah, saya yakin Selangor mampu muncul juara keseluruhan,” katanya.-UTUSAN

The post Venue SUKMA Selangor 2026 berada pada tahap terbaik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved