[VIDEO] 10 minit dua lelaki pecah rumah

6 Oct 2026 • 9:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] 10 minit dua lelaki pecah rumah

KLANG – Dua lelaki mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memecah masuk sebuah rumah sebelum melarikan barangan termasuk tabung wang dalam kejadian di Taman Teluk Gedong Indah di sini, semalam.

Aksi kedua-dua suspek itu tular selepas dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan ketika mereka mengumpil mangga dan menerobos masuk ke dalam kediaman tersebut.

Berdasarkan hantaran yang dipercayai dibuat pemilik rumah di media sosial, kedua-dua suspek yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu turut dilihat menaiki sebuah Toyota Camry.

“Berdasarkan rakaman CCTV, mereka mengambil masa kira-kira 10 minit dengan mengambil beberapa barangan termasuk sebuah tabung wang, beberapa beg dan botol minuman keras.

“Kedua-dua suspek mempunyai ketinggian antara 175 hingga 180 sentimeter,” katanya.

Pemilik rumah itu turut mendakwa pergerakan suspek ketika membuka mangga dilakukan dengan pantas, seolah-olah menunjukkan mereka sudah biasa melakukan perbuatan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey dalam kenyataan memaklumkan kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, kedua-dua suspek mengumpil mangga dan pintu hadapan rumah sebelum mengambil barangan milik mangsa.

“Nilai kerugian dianggarkan RM1,500 dan kes disiasat mengikut 457 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Helmi Haji Mat Yusof di talian 019-423 8387 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-3376 2222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] 10 minit dua lelaki pecah rumah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved