[VIDEO] 10 tahun terpisah, dua sahabat ‘reunion’ tanpa sengaja dalam nahas

6 Nov 2026 • 5:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] 10 tahun terpisah, dua sahabat ‘reunion’ tanpa sengaja dalam nahas

PETALING JAYA – Tidak sangka insiden perlanggaran kecil di lampu isyarat menjadi detik pertemuan semula dua sahabat yang sudah 10 tahun terputus hubungan.

Kejadian itu melibatkan seorang lelaki, Luqmanul Haqim, 33, bersama sahabat lamanya dikenali sebagai Anang ketika mereka berada di kawasan lampu isyarat Kapar.

Lebih mencuit hati, kedua-duanya hanya menyedari identiti masing-masing selepas kereta mereka berlanggar.

Pertemuan tidak diduga itu sekali gus mengubah situasi yang mungkin mencetuskan kemarahan kepada detik penuh gelak tawa apabila masing-masing menyedari mereka merupakan kenalan lama.

Perkongsian tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Threads dan menarik perhatian pengguna media sosial yang terhibur dengan cara unik dua sahabat itu dipertemukan semula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengenai insiden berkenaan selain menganggap pertemuan itu sebagai satu kebetulan yang melucukan.

“Aku syak dia memang sengajalah sebab tangan dia dua-dua dekat stereng kereta. Harey betul member (kawan) macam ni,” komen Msnoo11.

“Dalam kereta mesti dah fikir ayat apa nak bagi, ‘last-last’ keluar terus tengok member (kawan) lama. Dari nak marah jadi kelakar,” komen Achikk Areboyy pula.

Sementara itu, ada juga yang berseloroh bahawa persahabatan tidak bermakna seseorang terlepas daripada tanggungjawab membayar ganti rugi.

“Kawan pun kena bayar jugalah kan,” katanya.

“Allah nak pertemukan kawan lama. Semoga dipermudahkan urusan bos,” tulis Lee Mamak. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] 10 tahun terpisah, dua sahabat ‘reunion’ tanpa sengaja dalam nahas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved