[VIDEO] Abang Tesla Bawa Kedua-dua Isteri Keluar Makan Sambil Suap Menyuap, Sweet!

Entertainment
5 Sep 2023 • 6:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biarpun bermacam-macam jenis kecaman dilemparkan kerana tindakan dan kenyataannya itu, ia seperti tidak membuatkan Abang Tesla terkesan. Daripada perkongsian video pujuk isteri, sampai kenyataan yang membuatkan orang ramai marah pasal kahwin baru lagi kalau susah dapat anak, Abang Tesla sekali lagi mendapat perhatian netizen di TikTok.

Bagaimanapun, sepanjang Abang Tesla ni dah kahwin, tak pernah tengok kelibat dan rupa isteri keduanya itu, bahkan tak ada video Abang Tesla keluar dengan isteri kedua, yang ada cuma isteri pertama sahaja.

Oleh itu, baru-baru ini, satu video di TikTok tular menunjukkan Abang Tesla membawa kedua-dua isterinya makan di luar dan dilihat mereka bertiga begitu sweet. Dilihat Abang Tesla makan sambil suap menyuap kedua-dua isterinya itu.

Dalam masa sehari, video tersebut telah meraih lebih daripada 500K jumlah tontonan dan rata-rata pelik dengan tindakan Abang Tesla yang suap isteri kedua makan sebelum giliran isteri pertama. Malah ada juga yang berseloroh menyifatkan Abang Tesla tidak berlaku adil kerana tidak suap kedua-dua isterinya itu makan dalam satu masa.

image is not available image is not available image is not available

Haih, ada-ada je la Abang Tesla, tu, apapun, semoga Abang Tesla bahagia dengan isteri-isteri dia ya.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.