[VIDEO] Asap tebal misteri dari longkang di laluan DUKE hala KL

14 Oct 2026 • 9:49 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Asap tebal misteri dari longkang di laluan DUKE hala KL

PETALING JAYA – Kemunculan asap tebal disertai bau busuk yang keluar dari beberapa jeriji longkang di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) arah Kuala Lumpur selepas Tol Sentul mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya pagi ini.

Pengguna Threads @snapaholicphotography berkongsi situasi itu menerusi hantaran ringkas dengan memaklumkan asap dilihat keluar dari longkang selepas Tol Sentul menghala ke ibu negara.

“DUKE pagi…lepas Tol Sentul arah KL. Asap keluar dari longkang,” katanya.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Eizaosmann turut mendakwa asap tebal berkenaan mengeluarkan bau busuk sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai punca sebenar kejadian.

“DUKE lepas Tol Sentul arah Kuala Lumpur. Asap tebal keluar dari longkang bau busuk,” katanya.

Sementara itu, pengguna Threads @kamalianamohamad berkata, dia turut menyedari kepulan asap yang keluar dari tiga jeriji longkang ketika melalui kawasan berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya dia menyangka keadaan itu perkara biasa sebelum menyedari kepulan asap berkenaan kelihatan lebih serius.

“Eh teruknya, ingatkan apa tadi sebab saya lalu sini tadi memang perasan asap tengah naik dari tiga jeriji longkang tu. Ingatkan biasa je tak tahu pula besar macam ini. Menakutkan la, sudah la lepas tol tu sesak,” katanya.

Perkongsian tersebut turut mengundang kebimbangan orang ramai yang mempersoalkan kemungkinan asap berkenaan berpunca daripada kejadian lain, termasuk dakwaan komponen bawah jalan terbakar.

Pengguna @marcherieeee2026 berkata, orang ramai perlu berwaspada sekiranya asap itu disertai bau seperti terbakar, selain bimbang terhadap keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Asap tebal misteri dari longkang di laluan DUKE hala KL appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved