[VIDEO] Banjir kilat di UiTM Puncak Alam

5 Nov 2026 • 5:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Banjir kilat di UiTM Puncak Alam

PETALING JAYA – Hujan lebat petang ini menyebabkan beberapa kawasan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam dilanda banjir kilat sehingga menjejaskan laluan di sekitar universiti berkenaan.

Menerusi beberapa gambar dan rakaman video yang dikongsikan di media sosial, air berwarna keruh memenuhi jalan raya termasuk kawasan perhentian bas yang menjadi tumpuan pelajar.

Keadaan itu menyebabkan beberapa kenderaan termasuk bas universiti dan bas Rapid KL terpaksa meredah laluan dinaiki air ketika hujan lebat.

Rakaman tersebut turut memaparkan air mengalir deras di kawasan perhentian bas, manakala beberapa pelajar dilihat berada di kawasan berbumbung bagi berlindung daripada hujan.

Selain itu, gambar yang dirakam dari sebuah bangunan menunjukkan kawasan jalan raya dan sebahagian tempat letak kenderaan turut digenangi air.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai @nis0piee meluahkan rasa terkejut melihat keadaan banjir yang melanda kawasan universiti tersebut.

“Pertama kali aku tengok UiTM Puncak Alam banjir macam ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Threads, @sophiloft turut berkongsi gambar memaparkan situasi banjir dari aras tinggi sebuah bangunan yang menunjukkan kawasan jalan raya ditenggelami air.

“Doakan UiTM Puncak Alam,” tulisnya ringkas.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi berhubung kejadian itu dikeluarkan pihak bomba atau pengurusan universiti. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Banjir kilat di UiTM Puncak Alam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved