[VIDEO] ‘Berani betul, terang-terang dia buat kerja’

29 Oct 2026 • 7:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Berani betul, terang-terang dia buat kerja’

PETALING JAYA – “Makin berani!.”

Itu antara respons netizen terhadap sebuah video yang memaparkan tindakan seorang individu yang dipercayai mencuri kabel di Bulatan Kampung Pandan semasa waktu kemuncak, petang tadi.

Menurut pengguna Threads dikenali sebagai @Hamzahazman, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 4.52 petang tadi.

“Curi kabel di Bulatan Kampung Pandan (dari RHB bank). Makin berani geng-geng ni,” tulis hantaran itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati tindakan berkenaan mencetuskan kebimbangan mengenai keberanian individu terbabit yang seolah-olah tidak gentar melakukan kegiatan tersebut di kawasan awam.

“Allahu, terang-terangan dia buat kerja ya. Menakutkan,” kata @Liya.

“Selain dari tengok je, kita boleh buat apa, ya? Risau kita yang kena tangkap,” kata @Isya.

“Orang ramai tak boleh kah tangkap saja. Bila masyarakat pun biarkan mereka akan menjadi-jadi buat aktiviti haram ni,” kata @Aiman.

“Yakin betul. Takkan tak takut polis lalu situ kebetulan,” kata @Akmal. – KOSMO!ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Berani betul, terang-terang dia buat kerja’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved