[VIDEO] Apa punca asap tebal di AKLEH?

28 Oct 2026 • 9:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Apa punca asap tebal di AKLEH?

PETALING JAYA – Laluan ke Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) didakwa dipenuhi asap atau debu tebal, dalam kejadian dipercayai pada petang tadi.

Menerusi video dimuat naik seorang pengguna Thread Haziqri memperlihatkan, asap atau debu tebal itu memenuhi satu kawasan di laluan lebuh raya tersebut, manakala kelihatan deretan kenderaan berhenti di situ.

“Info-info, AKLEH tutup asap tebal,” katanya pada hantaran video berkenaan.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang tertanya-tanya kejadian sebenar berkait asap atau debu tebal tersebut.

“Dah kena tunggu laki guna jalan lain. Semoga tenang laki ku nak drive (pandu) dengan anak bebelnya haha,” komen Nsyfqhk yang memuat naik video di ruangan komen sedang melalui jalan tersebut.

“Patutlah sesak,” kata pengguna Thread Ferdhaus.

“Ingatkan jerebu datang dari AKLEH tadi,” kata Duncandmc.

Setakat ini belum ada maklumat terkini berhubung kejadian itu daripada pihak yang berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Apa punca asap tebal di AKLEH? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved