Buaya sambar budak ketika lepaskan mata kail

11 Nov 2026 • 3:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buaya sambar budak ketika lepaskan mata kail

KUDAT – Kegembiraan dua beradik memancing bertukar detik tragis apabila seorang daripada mereka disambar buaya ketika berada di Sungai Semayan, Pulau Banggi, di sini, petang semalam.

Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Semayan itu dipercayai menjadi mangsa serangan reptilia itu ketika cuba melepaskan mata kail pancing yang tersangkut di sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi laporan seorang guru sekolah kira-kira pukul 4.30 petang.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 3.30 petang ketika mangsa keluar memancing bersama abangnya di sungai berkenaan.

“Mangsa dipercayai turun ke sungai untuk melepaskan mata kail pancingnya yang tersangkut sebelum disambar seekor buaya.

“Selepas beberapa jam pencarian, mangsa ditemui meninggal dunia di bawah jambatan Sungai Semayan di sini. Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Balai Polis Karakit sebelum dihantar ke Hospital Kudat untuk tindakan lanjut.

The post Buaya sambar budak ketika lepaskan mata kail appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved