(VIDEO) “Blur Macam Lofa” – Hawa Rizwana Terpinga-Pinga Main ‘Game’ Di MeleTop Jadi Perhatian

23 Dec 2022 • 11:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai tahu, sejak pengunduran Neelofa dari program MeleTOP, program itu telah menggantikan dengan pengacara tetap wanita baharu iaitu Hawa Rizwana Redzuan.

Selepas hampir 2 bulan bergandingan dengan Nabil Ahmad, kedatangan Hawa telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman TikTok, pembaca berita berusia 27 tahun itu dilihat sedang mengendalikan permainan yang akan dimainkan oleh tetamu jemputan iaitu penyanyi duet, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila Hawa dilihat terpinga-pinga memberi arahan kepada tetamu jemputan.

Malah, Nabil turut berseloroh mengatakan tetamu jemputan, Dato Jalaluddin Hassan turut tekejut dengan tindakan Hawa itu.

Apa oh oh! Dato Jalal tengah terperanjat dengan tindakan kau ni.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat Hawa yang sering terpinga-pinga.

Malah, ada juga segelintir netizen yang mendakwa sikap Hawa itu seakan-akan sama dengan bekas pengacara MeleTop, Neelofa.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

"Sumpah Dia Macam Takyah Ada.." - Nampak Kaku Hos MeleTOP, Teruk Hawa Rizwana Dikutuk