[VIDEO] BMW berpusing ketika hujan

LocalCars
20 Nov 2026 • 12:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] BMW berpusing ketika hujan

PETALING JAYA – Detik cemas sebuah kereta jenis BMW hilang kawalan sebelum berpusing dan merempuh pembahagi jalan ketika hujan di Plaza Tol Salak Selatan mengundang perhatian pengguna media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads oleh pengguna @mommies_rifqal, kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) miliknya ketika berada berhampiran lokasi kejadian.

Menurutnya, pemandu kereta BMW itu dipercayai seorang lelaki muda dan bahagian belakang kenderaan tersebut dilihat mengalami kerosakan teruk akibat merempuh pembahagi jalan.

“Hati-hati semua. Musim hujan ini, jadi depan mata kereta berpusing. Sayang diri dan kereta anda semua.

“Itulah, elok sahaja berada di sebelah kami, kemudian berpusing. Budak muda lagi. Kereta BMW hancur belakang selepas dia merempuh pembahagi jalan di tepi itu,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengingatkan pengguna jalan raya supaya memperlahankan kenderaan ketika hujan, khususnya apabila terdapat air bertakung di atas jalan.

“Suami saya selalu pesan kalau hujan dan ada air bertakung, tetapi tiada ruang untuk mengelak, perlahankan kenderaan. Fahamilah, walaupun pakai tayar mahal, kalau hujan dan ada air bertakung, memang menempah maut kalau memandu laju,” komen @niszuhari.

“Kereta RWD (pacuan roda belakang) memang mempunyai risiko lebih tinggi untuk berpusing ketika melalui jalan basah,” komen @syafiqiqbalz pula.

“BMW RWD. Kalau jalan hujan kemudian tekan minyak macam itu, tetapi belum pandai mengawal kereta, memang tidak hairanlah boleh berpusing,” komen @keshav_photography6.

Seorang pengguna @idham_ibrahim9 turut berkongsi pengalamannya melihat beberapa kejadian kereta hilang kawalan ketika melalui lopak air.

“Mercedes dan BMW kalau hujan memang banyak yang hilang kawalan. Sudah tiga kali nampak depan mata, bawa laju sedikit sahaja dan langgar lopak air, terus berpusing,” katanya.

“Pelumba Formula 1 pun tidak berani bawa laju ketika perlumbaan dalam hujan,” tulis musa.zafar_.

Malah, seorang pengguna @jiwa.sastera turut menceritakan pengalaman hampir terbabas selepas melanggar air bertakung dan syukur kerana masih mampu mengawal kenderaannya.

“Saya pun pernah hampir terbabas lepas langgar air bertakung tetapi nasib baik saya masih dapat mengawal kereta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

The post [VIDEO] BMW berpusing ketika hujan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved