[VIDEO] ‘Pasar malam Meru naik air, sabar wahai peniaga’

18 Nov 2026 • 5:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Pasar malam Meru naik air, sabar wahai peniaga’

PETALING JAYA – Beberapa lokasi di Meru, Klang dinaiki air susulan hujan lebat melanda kawasan tersebut petang ini.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, mereka memuat naik video situasi di tempat masing-masing yang dinaiki air antaranya tapak pasar malam dan jalan raya.

Pengguna Threads Kuyiee69 memuat naik video keadaan di satu laluan di Meru yang menunjukkan dia memandu kenderaan sambil meredah banjir kilat.

“Jalan Haji Abdul Manan, Meru, Klang, tempat mudah naik air,” katanya menerusi kapsyen video yang dikongsikan hari ini.

Pengguna Threads, Rahmatsalimm berkongsi video situasi di kawasan tapak pasar malam yang turut dinaiki air sehingga paras buku lali.

“Banjir Meru, Klang. Sabar ya wahai peniaga. Ada manis-manis (rezeki) ke depannya,” katanya.

Pengguna Threads Hzrnrhm pula memuat naik satu video memaparkan keadaan laluan di Meru ketika dia meredah banjir menggunakan motosikal.

“Taman Perindustrian Meru, Klang dah boleh beli bot,” katanya secara berseloroh. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Pasar malam Meru naik air, sabar wahai peniaga’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved