![Image from: [VIDEO] ‘Dah jumpa Yeyen Selipar, rupanya kena langgar’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-12.36.48-PM-1024x777.jpeg)
PETALING JAYA – Kucing oren berbulu panjang yang tular kerana gemar mencuri selipar, akhirnya ditemukan orang awam selepas dilaporkan hilang beberapa hari.
Bagaimanapun, individu berkenaan memaklumkan kucing berkenaan dipercayai menjadi mangsa langgar sehingga tidak mampu bangun, sebelum di bawa ke klinik haiwan.
Perkembangan terbaharu itu dikongsikan pengguna media sosial, @Vivi_nurfadila yang menemui Yeyen pada empat hari lalu, di tepi jalan raya.
Wanita itu kemudian menghubungi pemiliknya, Noraini Darus, hari ini apabila kisah kehilangan Yeyen Selipar dikongsikan netizen sebelum pemiliknya itu dilihat menangis sebaik mengetahui ia adalah kucing yang dicari.
“Kita pun ikut nangis sebab mak cik nangis. Perkembangan daripada doktor, Yeyen memang kena langgar sebab itu dia tak boleh bangun,” katanya.
Empat hari lalu, @Vivi_nurfadila membuat satu hantaran di media sosial meminta bantuan orang ramai menampung kos rawatan seekor kucing yang dijumpai cedera di tepi jalan.
“Hai, saya jumpa kucing ni tepi jalan, mungkin kena langgar. Saya nak bawa pergi klinik, tapi saya sendiri kekurangan duit sebab kucing saya pun tengah sakit. Boleh tak saya nak buat kutipan dana untuk kucing ni? Saya dalam perjalanan nak ke klinik dah,” kongsinya.
Kosmo! pagi tadi melaporkan, kucing oren berbulu panjang yang sebelum ini meraih perhatian ramai kerana gemar mencuri selipar, dilaporkan hilang selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah.
Pemiliknya, Noraini Darus, merayu bantuan orang ramai untuk mencari kucing tular kesayangan berbaka parsi yang dikenali sebagai Yeyen Selipar itu.
Menerusi hantaran di media sosial, Noraini berkata, semakan rakaman televisyen litar tertutup kali terakhir menunjukkan Yeyen masih berada di kawasan perumahan kejiranannya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Dah jumpa Yeyen Selipar, rupanya kena langgar’ appeared first on Kosmo Online.

![Kucing Tular Suka Ambil Selipar Akhirnya Berjaya Dijumpai Selepas Hilang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/yeyen-3.jpg?t=1792580655)

![[VIDEO] ‘Yeyen Selipar’ hilang, pemilik rayu bantuan](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/d253ba01-7cad-476a-a940-2b3e8a2afcf3-1024x768.jpeg)

