![Image from: [VIDEO] ‘Dia ingat ni zaman Parameswara, CCTV belum wujud’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/7ff8fd97-7328-43d4-b5a7-3b07c9e668ee-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Seorang individu didakwa mencuri barangan mencecah hampir RM300 dalam tempoh tiga kali dia dikatakan mengunjungi sebuah premis di Seremban, Negeri Sembilan.
Perbuatan gadis itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan serta dimuat naik seorang pengguna Thread.
Salah satu video yang dikongsikan itu memperlihatkan pelaku didakwa mengambil barangan di rak dan menyembunyikannya di dalam topi.
“Siapa-siapa kenal tak dia ni, tiga kali datang mencuri hampir RM300. Warga Thread tolong gunakan kuasa korang. Kepada pencuri sebelum video ni viral (tular), please (tolong) datang dan bayar,” katanya pada hantaran itu.
Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang mengecam perbuatan gadis tersebut.
“Lapor je, jangan bagi muka pada pencuri. Jangan sesekali tarik laporan, biar bagi pengajaran,” kata pengguna Thread Ezfara26.
“Lapor je senang, tak payah minta datang,” kata seorang lagi individu.
“Dia ingat ni zaman Parameswara ke, CCTV belum wujud,” kata Intuisi_rhey. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Dia ingat ni zaman Parameswara, CCTV belum wujud’ appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] Apa punca asap tebal di AKLEH?](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-28-at-8.07.14-PM-1024x768.jpeg)



![[VIDEO] ‘Sikit hari lagi nak bela gajah’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/4e719f6e-abcb-4b00-95ad-6e860d1bf84a-1024x575.jpeg)