[VIDEO] Disoal Mat Salleh Tentang ‘Lumba Haram’, Cara Mat Rempit Ini ‘Speaking’ Raih Perhatian Ramai

Entertainment
18 Aug 2025 • 5:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suasana malam di tengah kesibukan Kuala Lumpur menjadi tarikan buat para pelancong untuk tidak melepaskan peluang mencuba pelbagai aktiviti, terutama pada malam minggu.

Baru-baru ini, seorang mat salleh yang datang melancong ke sini berkongsi suasana malam minggu di bandar ini.

Ketika dia bersiar-siar di beberapa kawasan menggunakan skuter elektrik, dia terserempak dengan golongan anak muda menunggang motosikal dengan diselangi bunyi ekzos yang kuat di jalan raya.

Disebabkan ingin tahu mengenai kegiatan tersebut, dia kemudian bertanya dengan salah seorang ‘mat rempit’ yang berada di situ.

@nicksmithfilm

How I intercepted an illegal bike meet in Kuala Lumpar, Malaysia…. #matrempit #bikelife #police

♬ original sound – nicksmithfilm

Mat rempit ‘speaking’ raih perhatian ramai

Seorang pemuda berbaju biru menyatakan aktiviti yang mereka sedang lakukan itu hanya berlaku pada hujung minggu sahaja.

Pemuda itu juga menjelaskan sebahagian orang berasa tidak selesa dengan aktiviti mereka.

“Ubah suai motosikal tidak dibenarkan,” jelas pemuda itu kepada mat salleh.

Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai, rata-rata pengguna media sosial kagum apabila pemuda itu membalas pertanyaan mat salleh dalam bahasa Inggeris dengan penuh yakin.

image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, netizen sempat memberi nasihat agar berpada-pada dengan aktiviti kesukaan mereka ini kerana banyak kes yang akhirnya telah membahayakan nyawa mereka dan pengguna jalan raya lain.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.