(Video) Drama Piala FA: Bintang Selangor tunjuk isyarat duit, tanda tak puas hati?

9 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

(Video) Drama Piala FA: Bintang Selangor tunjuk isyarat duit, tanda tak puas hati?

Apakah maksud yang cuba disampaikan?

Pemain import Selangor, Eduardo Sosa, tertangkap di lensa kamera apabila didapati menunjukkan isyarat duit mendapat perhatian di media sosial dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.

Dia segera diiringi keluar oleh salah seorang pegawai kejurulatihan bagi meredakan keadaan, dan menghindari daripada provokasi berlebihan. 

Situasi semakin memuncak apabila dicemari insiden kontroversi dengan berlaku pergaduhan di tepi padang beberapa minit sebelum tamat aksi selepas bekas pemain Harimau Muda, Mukhairi Ajmal Mahadi, tertampan bola ke gawang sendiri menyaksikan Kuching City mara ke final.

Kekecohan itu melibatkan para pemain dan barisan kejurulatihan, dengan ada dakwaan provokasi namun belum dipastikan apakah punca sebenar.

Lebih panas, pengadil, Izwan Abdullah, melayangkan kad merah ke atas jurulatih kecergasan Gergasi Merah, Joel Dones. 

    View this post on Instagram           

A post shared by norusmilanordin (@norusmila_03028)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved