[VIDEO] Dua paip air pecah, orang ramai risau rumah tiada air

23 Aug 2026 • 10:38 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Dua paip air pecah, orang ramai risau rumah tiada air

PETALING JAYA – Kemalangan di Kampung Bukit Changgang, Jalan Dengkil-Banting, pagi tadi menyebabkan dua paip air di lokasi berkenaan pecah dan memancutkan air tinggi ke udara.

Menerusi seorang pengguna Threads, kejadian difahamkan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi.

Situasi itu turut mencuri perhatian pengguna jalan raya, malah ada yang sempat berseloroh mengenai ‘rezeki air’ yang tiba-tiba muncul di tepi jalan.

“Boleh drive thru basuh kereta,” kata fadodz.

“Rasa nak tadah, buat siram pokok,” tulis akurazal.

Seorang lagi pengguna Threads pula sempat meluahkan kebimbangan secara berseloroh.

“Tak berairlah rumah aku ni kang,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved