
Sepotong video yang didakwa punyai rakaman suara milik wanita yang dipercayai kepunyaan isteri kedua Alif Teega, Fatin Umaidah, tersebar di media sosial Instagram.
Video yang tular itu memaparkan beberapa keping foto pasangan tersebut dengan suara latar belakang wanita yang dipercayai milik Fatin, meluahkan rasa penghargaan dan kasihnya terhadap Alif.
“Kita nak contact susah, hantar gambar, selepas tu Allah buka jalan, abang-abang saya terima, family saya terima.
“Saya tak sabar nak jadi isteri awak, saya rindu awak sangat-sangat. Saya sayangkan awak tau,” luah wanita tersebut.




