[VIDEO] ‘Ingatkan anak yang buka but kereta, rupanya…’

29 Jul 2026 • 4:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Ingatkan anak yang buka but kereta, rupanya…’

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila but kenderaan yang dinaikinya dibuka oleh seorang lelaki warga asing secara mengejut selepas ia menghantar anaknya ke kelas muzik di Taman Melawati, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads oleh pengguna @nanie_abdullah2, dia pada awalnya menyangka but kereta tersebut dibuka oleh anaknya yang mahu mengambil barang.

Namun, selepas diperiksa, tindakan itu dilakukan seorang lelaki warga asing yang tidak dikenali.

“Hantar anak lelaki saya ke kelas muzik dah tiba-tiba rasa macam ada orang nak buka but kereta. Saya ingatkan anak saya nak ambil barang ke apa, rupanya bukan dia.

“Seorang lelaki warga asing rupanya yang cuba buka but kereta saya dan bila saya tanya apa dia buat, tak faham bahasa Melayu pula,” katanya pada hantaran tersebut.

Katanya lagi, dia bernasib baik kerana terdapat seorang lelaki yang datang membantu untuk menghalau warga asing tersebut dan segera menutup but keretanya semula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan kerisauan terhadap kejadian yang berlaku dan menasihati orang ramai terutamanya golongan wanita untuk sentiasa mengunci pintu kereta.

“Bahaya betul apa lah yang dia cari dalam but kereta tu. Wanita-wanita tolong kunci pintu kereta selalu dan kalau boleh guna pelekat cermin kereta gelap (tinted) untuk keselamatan,” ujar pengguna @chemurad.

“Terbaik akak memang berani. Tapi lain kali akak jangan keluar ya sebab bahaya tengok tempat tu pun nampak gelap. Akak hon je kuat-kuat biar dia takut dan tunggu orang datang,” kata pengguna @mckeedesouza. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Ingatkan anak yang buka but kereta, rupanya…’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved