![Image from: [VIDEO] Jerebu di Serian macam masuk ‘alam lain’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/jerebu-serian-1024x822.jpeg)
PETALING JAYA – Keadaan jerebu di Serian, Sarawak dilihat semakin membimbangkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melonjak kepada 374, sekali gus dikategorikan pada tahap bahaya.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian itu direkodkan setakat pukul 9.40 pagi ini.
Tahap pencemaran udara yang semakin merosot itu turut mencetuskan gambaran seolah-olah Serian kini diselubungi suasana seperti berada di ‘alam lain’, susulan kepekatan jerebu yang melanda kawasan berkenaan.
Seorang penduduk setempat @jaydenervin91 memuat naik video mepaparkan keadaan jerebu teruk di sekitar Serian.
“Pukul 6 pagi. Tahap berbahaya IPU di IPD Serian. Bacaan meningkat,” katanya menerusi hantaran di Threads.
Dalam video tersebut, kereta yang berada pada jarak anggaran 10 meter dihadapan kenderaannya tidak kelihatan dengan jelas susulan jerebu.
Pada masa sama, keadaan langit waktu pagi sepanjang laluannya juga tidak seindah kebiasaan.
Selain Serian, Samarahan turut mencatatkan bacaan IPU pada tahap bahaya iaitu 306.
Sementara itu, sebanyak 13 kawasan berada pada kategori IPU tidak sihat antara 101 hingga 200, manakala dua lagi kategori sangat tidak sihat (bacaan IPU 201 hingga 300) pagi ini. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Jerebu di Serian macam masuk ‘alam lain’ appeared first on Kosmo Digital.






