[VIDEO] JKR siasat kemalangan di laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan

24 Sep 2026 • 12:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] JKR siasat kemalangan di laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian beberapa penunggang motosikal terjatuh di laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan yang tular di media sosial sejak semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan tindakan segera akan diambil bagi memastikan keadaan serta tahap keselamatan laluan tersebut ditambah baik.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, permukaan laluan di lokasi kejadian menggunakan bahan yang sepatutnya tidak licin, namun beberapa faktor lain termasuk keadaan permukaan yang basah dipercayai mungkin menyumbang kepada insiden itu.

“Pertama sekali, kemalangan ini adalah sesuatu yang tidak kita inginkan dan kami memohon maaf kepada mereka yang terlibat, khususnya yang mengalami kecederaan.

“Namun seperti yang saya diberitahu laluan tersebut sepatutnya tidak diselaputi dengan bahan-bahan yang tidak menyebabkan (kemalangan) itu berlaku, tetapi kejadian tetap berlaku.

“Saya juga dimaklumkan keadaan jalan yang basah sebab hujan renyai jadi banyak kemungkinan lain boleh jadi punca,” katanya pada sidang akhbar selepas Simposium Teknikal IEM – CDL Academy 2026 di sini hari ini.

Alexander berkata, pihaknya bagaimanapun belum dapat membuat kesimpulan mengenai punca sebenar kejadian termasuk sama ada ia berpunca daripada keadaan permukaan jalan, kelajuan penunggang atau jumlah motosikal yang menggunakan laluan berkenaan ketika itu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka bergerak terlalu laju atau mungkin terlalu ramai pengguna pada ketika itu. Kita masih menyiasat apa sebenarnya yang menyumbang kepada kejadian tersebut.

“JKR sudah melihat keadaan di lokasi dan sedang menjalankan siasatan. Tindakan segera akan diambil untuk memastikan keadaan di situ ditambah baik dan kita akan belajar daripada apa yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, rakaman video tular di media sosial memaparkan beberapa penunggang motosikal terjatuh di atas laluan berwarna hijau di Lebuh Raya Persekutuan.

Dalam rakaman tersebut memaparkan keadaan jalan yang baharu dicat berwarna hijau didakwa menjadi punca kebanyakan penunggang motosikal terjatuh dalam kejadian semalam.

Video tersebut sekali gus mencetuskan persoalan pengguna mengenai tahap cengkaman dan keselamatan permukaan laluan berkenaan terutama ketika hujan. — KOSMO! ONLINE

View on Threads

The post [VIDEO] JKR siasat kemalangan di laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved