RXZ Members patut diteruskan sampai bila-bila

10 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RXZ Members patut diteruskan sampai bila-bila

KUALA NERUS – Peminat motosikal Yamaha RXZ seluruh negara berharap perhimpunan RXZ Members diteruskan biarpun penganjurnya membayangkan ia akan berakhir pada edisi ke-10 pada 2028.

Muhammad Syafiq Mubi, 37, berkata, RXZ Members telah menjadi medium menyatukan pemilik Yamaha RXZ tanpa me­ngira latar belakang dari seluruh negara sejak 2017.

Dia yang berasal dari Johor Bahru berkata, himpunan RXZ Members juga telah menjadi medium peminat motosikal jenis tersebut beriadah setahun sekali bersama-sama di satu lokasi yang sama iaitu Terengganu.

“Jangan tamatkan terus selepas penganjuran ke-10. Kalau terbeban untuk anjur setiap tahun seperti sekarang, buat dwitahunan atau tiga tahun sekali pun sudah memadai.

“Program yang mendapat sambutan hangat seperti RXZ Members tidak sepatutnya ‘dimatikan’ begitu sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Nadzmi Aliff, 48, berkata, RXZ Members mempu­nyai tarikan tersendiri yang sukar diatasi himpunan motosikal lain.

Katanya, RXZ Members mempunyai pakej lengkap menghimpunkan jentera Yamaha RXZ dan imbauan nostalgia pemiliknya.

“Tapak program di Terengganu juga menawarkan suasana meriah, namun damai untuk me­lakukan tunggangan beramai-ramai.

“Biarpun berdepan dakwaan dan kritikan, sebarang kekura­ngan dalam penganjuran, masih mempunyai ruang untuk dikemaskan,” katanya.

Katanya, penganjur dengan bantuan kerajaan negeri dan agensi terlibat harus diberi ruang untuk menambah baik aspek keselamatan, pengurusan lalu lintas serta kemudahan kepada peserta RXZ Members pada masa depan.

Kosmo! pada 3 Ogos lalu mela­porkan, RXZ Members 8.0 berjaya menarik lebih 200,000 peserta menjadikan penganjuran paling ramai peserta sepanjang edisi penganjuran sejak 2017.

Dalam pada itu, Penganjur RXZ Members, Mohamad Faizal Mat Ali menyatakan hasrat untuk menganjurkan himpunan terbesar Yamaha RXZ itu setakat edisi ke-10 selain menegaskan ia bukan disebabkan tekanan atau kecaman awam. – KOSMO! ONLINE

The post RXZ Members patut diteruskan sampai bila-bila appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved