![Image from: [VIDEO] Kedai emas disamun dua lelaki bersenjata](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/KEDAI-EMAS-1024x598.png)
KUALA NERUS – Sebuah kedai emas Permata Al Idrus di Batu Enam di sini menjadi sasaran samun dua lelaki bersenjata yang melarikan tiga dulang barang kemas hari ini.
Kejadian itu tular di media sosial selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi kedua-dua suspek melakukan samun tersebut tersebar.
Menerusi rakaman CCTV berkenaan, dua lelaki memakai topi keledar dilihat memasuki premis tersebut dengan membawa senjata tajam dipercayai parang panjang.
Kedua-dua suspek kemudian dilihat sempat melarikan tiga dulang berisi barang kemas dari premis berkenaan.
Berita lanjut menyusul.
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Kedai emas disamun dua lelaki bersenjata appeared first on Kosmo Online.





