![Image from: [VIDEO] Lampu isyarat Alam Budiman perangkap ‘maut’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/lampu-isyarat.jpg)
Saudara Pengarang,
Setiap kali terdengar berita kemalangan di kawasan lampu isyarat di Alam Budiman, U10, Shah Alam, hati pasti gusar.
Kejadian terbaharu pada Jumaat lalu, menyaksikan sebuah lori hilang kawalan akibat masalah brek dan merempuh 11 buah kenderaan ketika menuruni bukit.
Pemandu lori terbabit pula didapati positif dadah.
Persoalannya, adakah kawasan itu sudah cukup selamat untuk dilalui pengguna khususnya mereka yang berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau?
Sampai bila tragedi seperti ini perlu berlaku?
Bagi pemandu kereta dan penunggang motosikal, berhenti di persimpangan lampu isyarat itu perlu berdoa ‘banyak’ agar dijauhi bencana.
Bukan satu atau dua kes kemalangan membabitkan lori hilang kawalan telah berlaku di lokasi itu, malah lebih tiga kali.
Pihak berkuasa perlu meneliti keadaan fizikal dan reka bentuk persimpangan lampu isyarat di Alam Budiman secara menyeluruh.
Adakah terdapat langkah keselamatan mencukupi untuk mengurangkan risiko lori yang mengalami kegagalan brek?
Semua persoalan ini wajar dijawab melalui penilaian teknikal, bukannya dibiarkan berlarutan sehingga berlaku satu lagi tragedi.
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Lampu isyarat Alam Budiman perangkap ‘maut’ appeared first on Kosmo Online.





![[VIDEO] Brek rosak, pemandu lori positif dadah punca rempuh 11 kenderaan](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/brek-rosak-lori-1024x547.jpeg)
