[VIDEO] Lelaki Kongsi Tidur Di Hotel Ala Penjara Dekat Johor, Siap Dapat Baju Banduan Lagi!

Entertainment
28 Sep 2022 • 10:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mencari hotel sebagai tempat penginapan untuk pelancongan sememangnya menjadi perkara utama untuk mereka yang ingin merancang percutian ke sesuatu destinasi. Kini, banyak platform atas talian yang menawarkan pelbagai jenis hotel dengan harga yang berpatutan.

Sudah tentu kita sebagai pelancong akan memilih penginapan yang kena dengan citarasa kita seperti saiz bilik, jumlah katil dan kemudahan yang disediakan di sesuatu hotel. Kadang-kadang, hiasan dalaman juga menjadi ‘bonus’ untuk sesetengah pelancong untuk tertarik menginap di situ.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang berkongsi pengalaman menginap di sebuah hotel yang boleh dikatakan unik untuk dilihat. Betul ke?

Lelaki kongsi tidur di hotel ala penjara

Video yang berdurasi 30 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan situasi dua orang lelaki yang teruja apabila mendapati hotel yang mereka tinggal itu bertemakan ala penjara. Yang paling menarik, siap dapat baju banduan lagi!

Menerusi video tersebut, dua orang lelaki itu pada mulanya terhibur apabila melihat bilik hotelnya ditutupi dengan tirai besi dan kawat berduri di antara pintu masuk dan katilnya. Terlihat juga sehelai baju banduan yang berwarna oren untuk dipakai kepada pengunjung.

Meskipun bertema penjara tetapi hotel ini masih mengutamakan keselesaan pengunjungnya apabila menyediakan pendingin hawa, dekorasi yang cantik serta tilam yang empuk.

Rupanya hotel ini tawarkan pelbagai tema lagi!

Difahamkan juga beberapa komen di TikTok, rupanya hotel ini menawarkan pelbagai tema bilik yang boleh dipilih oleh pengunjung. Antara tema yang disediakan adalah tema hantu, hutan, pantai lanun dan banyak lagi!

image is not available

Netizen sekali teruja, ada yang berniat nak cuba menginap

Video tersebut raih perhatian netizen dimana rata-rata daripada mereka sangat teruja dengan tema bilik-bilik tersebut dan ada juga yang berniat untuk tinggal satu malam bagi merasai sendiri pengalaman tinggal di dalam penjara walaupun bukan penjara yang sebenar.

image is not available

image is not available

image is not available

Min pula rasa macam nak cuba!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.