[VIDEO] Lemas Tanjung Lompat: ‘Baliklah Abang Chik, kami tunggu’

3 Sep 2026 • 12:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Lemas Tanjung Lompat: ‘Baliklah Abang Chik, kami tunggu’

KOTA TINGGI – “Kami cuma mahu jasadnya ditemui segera dan dapat dibawa pulang.”

Itu luahan pilu Muhammad Azril Haziq Kamal, 23, abang kepada Muhammad Adib Hafiy, 16, yang masih hilang selepas dihanyutkan ombak ketika mandi di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, di sini, semalam.

Menurut Muhammad Azril Haziq, perasaan geram dan marah yang dirasai sebaik menerima berita kejadian itu kini bertukar menjadi pasrah selepas operasi pencarian memasuki hari kedua, namun masih belum menemukan adiknya.

“Awal-awal dapat tahu berita ini, saya jadi geram dan marah sangat. Kenapa pergi mandi juga padahal dah pesan? Tapi bila dah masuk hari kedua dan pencarian masih belum membuahkan hasil, rasa geram itu perlahan-lahan bertukar pasrah. Kami sekeluarga cuma berharap jasad adik segera ditemui supaya dapat dibawa pulang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Lebih memilukan, Muhammad Azril Haziq berkata, tiada siapa menyangka pertemuan bersama keluarga sehari sebelum kejadian menjadi kenangan terakhir mereka bersama remaja yang mesra dipanggil ‘Abang Chik’ itu.

Menurutnya, datuk mereka juga sudah berpesan kepada Muhammad Adib Hafiy supaya tidak mandi laut kerana bimbang keadaan ombak.

“Namun biasalah budak-budak remaja, mungkin ada rasa ingin mencuba dan tidak mahu hampakan kawan-kawan. Kita tidak tahu apa yang difikirkannya ketika itu, tetapi akhirnya perkara ini yang berlaku,” katanya dengan nada sebak. Kami masih menunggu dan berharap ada berita baik. Baliklah Abang Chik, kami semua tunggu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

The post [VIDEO] Lemas Tanjung Lompat: ‘Baliklah Abang Chik, kami tunggu’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved